content top round

Olimpik: Usain Bolt juara berganda, pecah rekod dunia 200m

JAGUH pecut Jamaica, Usain Bolt memenangi pingat emas acara 200 meter dengan catatan rekod baru dunia, semalam untuk menjadi atlit pertama sejak Carl Lewis pada 1984 memenangi gelaran pecut berganda di Sukan Olimpik.

Bolt sebelum ini memenangi acara 100m menerusi gaya mengagumkan apabila memperbaharui rekod dunia hasil kepantasan 9.69 saat, Sabtu lalu. Read the rest of this entry »


F1: Hasrat Raikkonen pertahan gelaran sukar

Kimi RaikkonenBEKAS juara dunia, Niki Lauda menganggap pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen sukar untuk mempertahankan kejuaraannya pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim ini.

Sebaliknya, legenda Austria itu menegaskan, persaingan bagi merebut kejuaraan dunia musim ini lebih terarah kepada pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton dengan rakan sepasukan Raikkonen, Felipe Massa.

Lauda berkata, Massa memiliki peluang yang lebih baik bagi mencabar kedudukan Hamilton yang kini muncul pendahulu bagi kategori pemandu. Read the rest of this entry »


KEGAGALAN di Sukan Olimpik Beijing menyaksikan dua beregu utama negara - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah ‘dihukum’ apabila tidak terpilih menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, bulan depan.

Pendirian itu diputuskan jurulatih, Rexy Mainaky, yang masih belum mampu memadam rasa kecewa apabila kedua-dua pasangan itu langsung gagal menjejak peringkat perebutan pingat di Beijing.

“Terus terang saya katakan, saya akan keluarkan mereka daripada Terbuka Jepun. Saya akan memberi tumpuan kepada pasangan menyerlah pada Terbuka Singapura dan Indonesia kerana itu yang saya lihat terbaik pada masa kini,” katanya, semalam. Read the rest of this entry »


Olimpik: Lee Chong Wei terima ganjaran RM300,000

WAJAH jagoan badminton negara, Lee Chong Wei jelas terpancar, semalam memikirkan sinaran baru dalam hidupnya apabila ganjaran besar - seperti dijanjikan bakal diterima dalam satu majlis yang akan diadakan di Pulau Pinang, hari ini. Read the rest of this entry »


Olimpik - Bola Sepak: Brazil akur kehebatan Argentina

LIONEL Messi cuba menenangkan bekas rakan sepasukannya bersama Barcelona, Ronaldinho selepas tamat perlawanan separuh akhir yang dimenangi ArgentinaARGENTINA mempamer antara aksi hebatnya untuk menumpaskan Brazil 3-0 dalam perlawanan separuh akhir acara bola sepak Sukan Olimpik malam tadi.

Penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero menggegarkan gawang Brazil sebanyak dua kali dan mencipta satu lagi gol untuk merekodkan kemenangan pertama Argentina ke atas jiran Amerika Selatan itu dalam tempoh tiga tahun.

Perlawanan di depan hampir 53,000 penonton di Stadium Workers menandakan pertembungan bintang hebat kejohanan itu, bekas rakan sepasukan FC Barcelona, Lionel Messi dan Ronaldinho. Read the rest of this entry »


Tenis: Rafael Nadal rampas takhta nombor satu dunia

  • Author: editor
  • Filed under: Tenis, Ranking
  • Date: Aug 18,2008

RAFAEL Nadal sah bergelar pemain tenis nombor satu dunia

RAFAEL Nadal secara rasmi dimahkotakan sebagai pemain tenis nombor satu dunia hari ini, menamatkan penguasaan Roger Federer selama empat tahun setengah sebagai raja tenis dunia.

Dalam senarai terbaru hari ini, Nadal mengumpul 6700 mata manakala Federer di tangga kedua dengan 5930 mata dan Novak Djokovic (5105). Read the rest of this entry »


Ranking pemain tenis dunia

  • Author: editor
  • Filed under: Tenis, Ranking
  • Date: Aug 18,2008

Ranking 30 pemain terbaik dunia (18 Ogos 2008)

1 Rafael Nadal (Sepanyol) - 6700 mata

2 Roger Federer (Switzerland) - 5930

3 Novak Djokovic (Serbia) - 5105

4 David Ferrer (Sepanyol) - 2865

5 Nikolay Davydenko (Rusia) - 2700 Read the rest of this entry »


Olimpik: Nadal rangkul emas acara tenis

  • Author: editor
  • Filed under: Olimpik, Tenis
  • Date: Aug 18,2008

SENSASI tenis dunia, Rafael Nadal berjaya menambah koleksi gelarannya tahun ini dengan merangkul pingat emas Olimpik selepas menewaskan Fernando Gonzales dalam perlawanan akhir sengit petang tadi. Read the rest of this entry »


LIN DAN nyata lawan yang sukar ditewaskan pada aksi final menentang Chong Wei selepas menguasai segenap sudut gelanggangPINGAT emas pertama Sukan Olimpik yang diidam-idamkan oleh Malaysia terlepas jua selepas Lee Chong Wei tewas di tangan pemain tuan rumah dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki, memaksa beliau hanya berpuas hati dengan pingat perak.

Walaupun peminat badminton seluruh Malaysia menyandarkan harapan besar di bahu Chong Wei untuk mampamerkan aksi terbaiknya untuk membawa pulang pingat emas, namun keputusan perlawanan akhir di gelanggang Gimnasium Universiti Teknologi Beijing itu kelihatan jelas boleh dijangka sejak dari awal permainan. Read the rest of this entry »


Olimpik: Jadual & Keputusan perlawanan akhir badminton

Jadual Final (Ahad - 17 Ogos 2008):

Beregu Campuran:
07.30pm: Nova Widianto/Lilyana Natsir (Ina) *1 lwn Lee Yong Dae/Lee Hyo Jung (Kor)

Perseorangan Lelaki:
08.48pm: Lee Chong Wei *2 (Mas) lwn Lin Dan *1 (Chn)

Keputusan perlawanan akhir badminton: Read the rest of this entry »


Badminton: Peluang terbaik Malaysia rangkul emas Olimpik

Oleh Azman Ujang (Bernama)

DALAM sejarah sukan Malaysia, inilah peluang paling cerah bagi negara untuk merangkul pingat emas pertama sukan Olimpik.

Katakanlah apa saja yang anda suka tentang jenis sukan yang disertai atlet kita, tetapi, bagi Malaysia, sekurang-kurangnya bagi tempoh beberapa tahun akan datang, negara hanya boleh menaruh harapan untuk memenangi pingat Olimpik dalam satu jenis sukan sahaja iaitu badminton. Read the rest of this entry »


  • Tinjauan Singkat

    • Pasukan mana pilihan anda bakal merangkul pingat emas Bola Sepak Olimpik Beijing?

      View Results

      Loading ... Loading ...
  • Jadual Olimpik - Atlit Malaysia

    Carta Kedudukan Pingat Olimpik

    Pendapat Bernas

    Berita Terkini

    Olympics Medal Table

    Free Olympics Medal Table »
    full results »
    CountryGSB 
    512128100
    363836110
    23212872
    19131547
    16101541
    14151746
    1310831
    961025
    8101028
    7161740
    2008gamesbeijing.com
    Powered by the creators of
    Throng: UK AU CA NZ