Olimpik: Usain Bolt juara berganda, pecah rekod dunia 200m

JAGUH pecut Jamaica, Usain Bolt memenangi pingat emas acara 200 meter dengan catatan rekod baru dunia, semalam untuk menjadi atlit pertama sejak Carl Lewis pada 1984 memenangi gelaran pecut berganda di Sukan Olimpik.

Bolt sebelum ini memenangi acara 100m menerusi gaya mengagumkan apabila memperbaharui rekod dunia hasil kepantasan 9.69 saat, Sabtu lalu.

Dia mengulangi prestasi hebat pada hari ke-11 temasya Olimpik di Beijing itu menerusi larian hebat untuk mencatat rekod baru dunia kedua dengan kepantasan 19.30s – mengatasi rekod 19.32s pelari Amerika Syarikat, Michael Johnson, 12 tahun lalu di Atlanta.

Bolt meletakkan dirinya sebagai pelari kesembilan berjaya melengkapkan dominasi memenangi kedua-dua acara pecut pada satu temasya dalam sejarah Olimpik.

Kejayaan itu juga meletakkan Bolt, yang menyambut hari jadi ke-22, hari ini, sebaris dengan perenang AS, Michael Phelps, sebagai bintang Olimpik Beijing.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Netvouz
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb



Leave a comment


  • Tinjauan Singkat

    • Pasukan mana pilihan anda bakal merangkul pingat emas Bola Sepak Olimpik Beijing?

      View Results

      Loading ... Loading ...
  • Jadual Olimpik - Atlit Malaysia

    Carta Kedudukan Pingat Olimpik

    Pendapat Bernas

    Berita Terkini

    Olympics Medal Table

    Free Olympics Medal Table »
    full results »
    CountryGSB 
    512128100
    363836110
    23212872
    19131547
    16101541
    14151746
    1310831
    961025
    8101028
    7161740
    2008gamesbeijing.com
    Powered by the creators of
    Throng: UK AU CA NZ